Apakah dokumen daftar gojo driver Malaysia? Gojo registration telah di buka oleh gojo hq. Proses daftar gojo driver di permudahkan supaya gojo boleh menjadi ehailing no 2 di Malaysia. Dengan kelebihan-kelebihan yang diberikan oleh gojo kepada driver, kami yakin d river dan rider akan menggunakan app gojo sebagai app kedua mereka.
Syarat daftar gojo telah kami kongsikan. Cara untuk daftar gojo driver juga telah kami kongsikan. Sekarang apakah dokumen yang diperlukan untuk daftar gojo driver di Malaysia. Kali ini kami akan kongsikan dokumen daftar gojo driver supaya anda lebih faham untuk register gojo.
Dokumen Daftar Gojo Driver
Senarai dokumen daftar gojo ialah:
1. Gambar depan IC
2. Gambar depan lesen memandu
3. Gambar profile paras dada
4. Gambar cover note insuran
5. Geran
6. Roadtax (dekat cermin kereta)
7. Endorsement
8. Surat kebenaran
9. Lesen PSV
Gambar IC
Gambar ic untuk daftar gojo car driver hendaklah jelas, penuh, jangan guna flash dan jangan edit sebab pihak gojo hq akan buat semakan sama ada gambar ic ni betul atau tidak.
Gambar Lesen Memandu
Jelas, penuh, jangan guna flash, jangan edit ( terutamanya yang lesen P ). Jika anda ada lesen P, anda belum layak menjadi pemandu gojo. Anda kena tunggu hingga lesen P habis dan umur anda min 21 tahun. Bagaimana dengan lesen memandu antarabangsa? Lesen memandu antarabangsa adalah tidak layak untuk daftar grab driver. Dokumen ini tidak diterima untuk register gojo.
Gambar Anda
Jelas, jangan pakai topi, jangan pakai spek hitam, mesti menghadap ke depan. Tak perlu pegang IC pun tak apa, asalkan gambar jelas. Pastikan backgorund biar kosong, jangan serabut. Gambar kena pakai baju.
Gambar Cover Note Insuran Kereta
Jelas, penuh, jangan edit (ramai sangkut sebab gambar cover note ni tak jelas). Pastikan anda telah masukkan ' ehailing ' ke dalam insuran cover note kereta sedia ada. Caranya, anda kena hubungi ejen insuran sedia ada dan kata ' nak tambah ehailing ' ke dalam insuran anda sedia ada. Kos tambahan ialah lebih kurang 1/3 dari kos asal insuran kereta anda.
Gambar Geran
Gambar geran wajib ada. Salesman ada sediakan kepada anda geran fotostat semasa beli kereta. Jika tiada geran, anda kena ambil di cawangan bank di mana anda buat loan beli kereta.
Roadtax
Pastikan gambar roadtax yang di tampal di cermin kereta anda adalah jelas, jika tidak permohonan untuk daftar gojo driver / gojo registration online akan pending.
Endorsment
Jelas, penuh, jangan guna flash, jangan edit - perlu bila nama orang yang nak daftar grab tiada di tulis di bahagian driver dalam cover note insuran dan cover note bukan jenis " all driver ' any authorised driver '.
Surat Kebenaran Pemilik Kereta
Jelas, penuh, jangan guna flash, jangan edit - perlu bila nama orang yang nak daftar gojo tiada di tulis di bahagian driver dalam cover note insuran dan cover note ada tulis " all driver ' any authorised driver '. Contoh surat kebenaran owner kereta - surat kebenaran pemilik kereta. Surat di perlukan hanya jika nama anda tiada dalam insuran kereta dan insuran jenis ' all driver ' sahaja.
Lesen PSV
Lesen PSV diperlukan untuk daftar gojo driver. Anda kena jalani ujian psv grab untuk mendapatkan lesen psv ini. Satu lesen psv boleh di gunakan untuk daftar mana-mana ehailing. Lesen psv boleh buat di sekolah memandu.
Itulah sebarang dokumen untuk daftar driver gojo Malaysia. Pastikan dokumen jelas, penuh dan bukan fake dokumen kerana sekiranya gambar dokumen tidak jelas, anda akan diminta berikan sekali lagi gambar dokumen daftar grab driver tersebut sehinggalah gojo hq puas hati.
Cara Daftar Gojo
Seterusnya, anda bolehlah daftar gojo driver mengikut pandun di link kami bagi di bawah (semak email selepas daftar untuk proses seterusnya dan dokumen boleh bagi kemudian ):
Disitu kami terangkan langkah-langkah untuk daftar gojo dengan lebih lanjut supaya perdaftaran gojo anda lebih lancar.
Komuniti Driver Gojo
Kami menjemput anda untuk menyertai komuniti driver gojo di media sosial. Anda akan mendapat lebih banyak info untuk memandu gojo.
Anda di jemput untuk join group bagi dapat info:
Jumpa anda di sana sebagai Gojo driver Malaysia.
0 komen:
Post a Comment